Monday 29 November 2021

SUKU KAUM KAYAN, SARAWAK

KAYAN

SALAH SATU KAUM TERBESAR DALAM ETENIK ORANG ULU



Kaum Kayan kebanyakkan nya mendiami kawasan hulu Sungai di Sarawak. Secara asasnya Kaum Kayan ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang utama, iaitu Kayan Baram yang mendiami kawasan pedalaman di bahagian Miri di daerah Baram, Kayan Belaga yang mendiami kawasan pedalaman bahagian Kapit dan Kayan Tubau yang menetap di antara daerah Belaga dan Bahagian Bintulu. Kaum Kayan ini dipercayai telah berhijrah dan menetap di Sarawak lebih daripada 300 tahun yang lalu.

Penghijrahan komuniti ini ke bahagian pedalaman Negeri Sarawak mengambil masa yang lama dan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pada masa dahulu, komuniti ini berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain atas dasar keselamatan.

Ini adalah kerana kerana Komuniti Kayan pada masa itu masih lagi mengamalkan amalan ngayau atau lebih dikenali sebagai amalan memotong kepala musuh yang terdiri daripada komuniti lain seperti Iban dan sebagainya.

Di samping itu, komuniti ini juga sering berhijrah dengan tujuan mencari penempatan baru yang sesuai dengan aktiviti pertanian sara diri.


Seperti kaum Orang Ulu lainnya, kaum Kayan memang terkenal dengan keistimewaan adat, budaya dan tradisinya yang tersendiri. Kita berharap agar generasi baru dapat meneruskan dan mengekalkan keistimewaan kaum Kayan ini supaya tidak hilang ditelan zaman.



















No comments:

Post a Comment