Friday 15 January 2021

Tindakkan dan Langkah Penjagaan dari tersebarnya wabak COVID 19 di kampung UMA BALUI LIKO

Dalam kehangatan isu penularan virus COVID 19 ini pihak JKKK kampung UMA BALUI LIKO telah mengambil tindakkan dan kata sepakat untuk membuat kutipan derma ikhlas dari setiap isi rumah penduduk, bagi membina pagar penghadang / gate untuk mengawal kemasukan penduduk dari luar kawasan kampung. Ini adalah salah satu cara terbaik bagi memutuskan rangkayan gejala virus covid 19 agar tidak tersebar ke kawasan kampung UMA BALUI LIKO

dengan terbinanya pagar penghalang dan melakukan kawalan kemasukan di pintu masuk kawasan kampung dapat menyelamatkan warga kampung dari terjangkiti wabak merbahaya ini.
Pemberitahuan isu semasa dan langkah-langkah keselamatan juga di ambil berat bersama.
Dengan usaha dan kerja sama anak-anak muda juga turut serta menyediakan papan tanda larangan / sign board bagi kemasukan orang luar ke kawasan kampung.
dengan peraturan yang diperketatkan dan denda maksima dipersyaratkan bagi orang luar yang tidak mematuhi arahan/peraturan kampung UMA BALUI LIKO
sesi pondok kawalan yang lebih meriah.. hahaha
Kawalan lalu lintas kemasukan sambil makan tengahari..
Pembahagian sesi kawalan dilakukan mengikut kumpulan2 yang di khaskan untuk bertugas setiap hari

1 comment: