Monday 29 November 2021

Aktiviti budaya kaum kayan uma Long Liko

 


Lawatan Dari Semenanjung Malaysia
Bersama warga suku Kayan. Tengok diorang buat persembahan.
.
Kekuatan budaya persembahan tradisi kat Malaysia ni adalah...
Persembahan mereka ringkas tapi sangat menarik dan membawa maksud2 yang baik serta mendidik.
.
Kalau korang nak tahu... Abg jamil dulu pun adalah aktivis kebudayaan 😎



ANTARA HASIL TANGAN ORAN ULU


Dengan mengumpul hasil hutan seperti rotan, mereka membuat bakul bag dan sebahagian keperluan harian.


selain dari itu juga kraftangan yang di hasilkan akan di jual kepada setiap pengunjung dan pembeli yang ingin dibuat sebagai cenderahati,hadiah atau kenangan ketika berkunjung ke rumah panjang kaum kayan.






SUKU KAUM KAYAN, SARAWAK

KAYAN

SALAH SATU KAUM TERBESAR DALAM ETENIK ORANG ULU



Kaum Kayan kebanyakkan nya mendiami kawasan hulu Sungai di Sarawak. Secara asasnya Kaum Kayan ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang utama, iaitu Kayan Baram yang mendiami kawasan pedalaman di bahagian Miri di daerah Baram, Kayan Belaga yang mendiami kawasan pedalaman bahagian Kapit dan Kayan Tubau yang menetap di antara daerah Belaga dan Bahagian Bintulu. Kaum Kayan ini dipercayai telah berhijrah dan menetap di Sarawak lebih daripada 300 tahun yang lalu.

Penghijrahan komuniti ini ke bahagian pedalaman Negeri Sarawak mengambil masa yang lama dan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pada masa dahulu, komuniti ini berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain atas dasar keselamatan.

Ini adalah kerana kerana Komuniti Kayan pada masa itu masih lagi mengamalkan amalan ngayau atau lebih dikenali sebagai amalan memotong kepala musuh yang terdiri daripada komuniti lain seperti Iban dan sebagainya.

Di samping itu, komuniti ini juga sering berhijrah dengan tujuan mencari penempatan baru yang sesuai dengan aktiviti pertanian sara diri.


Seperti kaum Orang Ulu lainnya, kaum Kayan memang terkenal dengan keistimewaan adat, budaya dan tradisinya yang tersendiri. Kita berharap agar generasi baru dapat meneruskan dan mengekalkan keistimewaan kaum Kayan ini supaya tidak hilang ditelan zaman.



















PERTANDINGAN BELIAN ORANG ULU 2021. PIALA PUSINGAN (PBOU) DATO’ MOHAMMAD FAISAL ABDULLAH @ MICHAEL BELAWING) ANJURAN OUNA



PBOU’21 LAB01 DOH LONG DAHA
 


Selamat pagi, semoga khabar anda semua baik-baik saja. Kami dari kumpulan Doh Long Daha dan berasal dari kampung Balui Liko Sungai Asap. Harapan kami semoga video Parap kami mendapat jumlah tontonan yang banyak dan menjadi video contoh (Parap) untuk masa yang akan datang. Terima kasih.



Sunday 9 May 2021

Projek Jambatan dan Jalan

Projek jambatan dari rumah panjang block baru menuju ke blok lama.
Dan penurapan simen di hadapan rumah panjang block D



Happy Mothers day

Sempena menyambut hari ibu. Warga kampung turut serta untuk meraikan hari yang cukup istimewa ini bagi semua yang bergelar ibu 
Antara gambar- yang dapat saya selitkan di sini..

god bless u all..

Warga kampung mengambil Vaksin

Bagi yang golongan warga emas, mohon bantuan seorang daripada saudara mara terdekat untuk mengiringi ke Pusat Vaksinasi.
cikgu nian..👍👍
antara mereka yang sudah di vaksin.. 
Semoga kita semua dilindungi dari penyakit yang merbahaya ini amin..


Friday 15 January 2021

Tindakkan dan Langkah Penjagaan dari tersebarnya wabak COVID 19 di kampung UMA BALUI LIKO

Dalam kehangatan isu penularan virus COVID 19 ini pihak JKKK kampung UMA BALUI LIKO telah mengambil tindakkan dan kata sepakat untuk membuat kutipan derma ikhlas dari setiap isi rumah penduduk, bagi membina pagar penghadang / gate untuk mengawal kemasukan penduduk dari luar kawasan kampung. Ini adalah salah satu cara terbaik bagi memutuskan rangkayan gejala virus covid 19 agar tidak tersebar ke kawasan kampung UMA BALUI LIKO

dengan terbinanya pagar penghalang dan melakukan kawalan kemasukan di pintu masuk kawasan kampung dapat menyelamatkan warga kampung dari terjangkiti wabak merbahaya ini.
Pemberitahuan isu semasa dan langkah-langkah keselamatan juga di ambil berat bersama.
Dengan usaha dan kerja sama anak-anak muda juga turut serta menyediakan papan tanda larangan / sign board bagi kemasukan orang luar ke kawasan kampung.
dengan peraturan yang diperketatkan dan denda maksima dipersyaratkan bagi orang luar yang tidak mematuhi arahan/peraturan kampung UMA BALUI LIKO
sesi pondok kawalan yang lebih meriah.. hahaha
Kawalan lalu lintas kemasukan sambil makan tengahari..
Pembahagian sesi kawalan dilakukan mengikut kumpulan2 yang di khaskan untuk bertugas setiap hari