Friday 15 January 2021

Tindakkan dan Langkah Penjagaan dari tersebarnya wabak COVID 19 di kampung UMA BALUI LIKO

Dalam kehangatan isu penularan virus COVID 19 ini pihak JKKK kampung UMA BALUI LIKO telah mengambil tindakkan dan kata sepakat untuk membuat kutipan derma ikhlas dari setiap isi rumah penduduk, bagi membina pagar penghadang / gate untuk mengawal kemasukan penduduk dari luar kawasan kampung. Ini adalah salah satu cara terbaik bagi memutuskan rangkayan gejala virus covid 19 agar tidak tersebar ke kawasan kampung UMA BALUI LIKO

dengan terbinanya pagar penghalang dan melakukan kawalan kemasukan di pintu masuk kawasan kampung dapat menyelamatkan warga kampung dari terjangkiti wabak merbahaya ini.
Pemberitahuan isu semasa dan langkah-langkah keselamatan juga di ambil berat bersama.
Dengan usaha dan kerja sama anak-anak muda juga turut serta menyediakan papan tanda larangan / sign board bagi kemasukan orang luar ke kawasan kampung.
dengan peraturan yang diperketatkan dan denda maksima dipersyaratkan bagi orang luar yang tidak mematuhi arahan/peraturan kampung UMA BALUI LIKO
sesi pondok kawalan yang lebih meriah.. hahaha
Kawalan lalu lintas kemasukan sambil makan tengahari..
Pembahagian sesi kawalan dilakukan mengikut kumpulan2 yang di khaskan untuk bertugas setiap hari

Perkembangan Dan Perancangan terbaru Tahun 2021 Dari Uma Balui Liko Sungai Asap Belaga

UMA BALUI LIKO 2021

Sebelum memulakan blog pertama untuk tahun ini,saya merasa masih sempat untuk mengucapkan atau wishing
Happy New Year 2021. May the new year brings more prosperity, success, wealth and happiness to all of us and may the world gets rid of Covid-19 too.


Stay safe, stay healthy, and stay blessed.

Pada penggal akhir tahun 2020 telah tercadangnya satu rancangan pembangunan sebuah dewan serbaguna dari sesetengah pihak amat menerima sambutan yang positif. Perancangan sebegini adalah amat baik bagi anak-anak muda dan seluruh penduduk kampung dalam melakukan tugas gotong-royong bersama dalam kesemua aspek seperti pelbagai acara dan majlis yang akan diadakan, dan yang lebih memeriahkan lagi bila kesemua ini dilakukan bersama di bawah satu bumbung. 

Mesyuarat Perancangan Aktiviti/Program Pembangunan Kampung 2021.






Plan perancangan dan gambaran projek terbaru yang dikira akan menelan belanja hampir RM100K dan rancangan pembinaan di atas tapak rumah panjang lama (kawasan kebakaran yang lalu).

video review projek
"AMIN ADET UMA BALUI LIKO"


sekiranya projek ini tidak dapat di luluskan pihak JKKK rumah panjang juga telah menyediakan plan dan projek sokongan iaitu 
  1. PEMASANGAN PAIP AIR KE BANGUNAN BIRO WANITA 
  2. PENERAPAN JALAN KONKERIT UNTUK RUMAH PANJANG BAHAGIAN BLOCK D
Harapan saya semoga semua rundingan dan rancangan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.